Tuesday, November 30, 2010

Kembali dan Persediaan

Sedar tak sedar, begitu cepat masa berjalan. Orang cakap masa itu emas jadi jangan sia-siakan dengan perkara yang tak berfaedah. Fuh, semenjak dua menjak ni kite memang tersangat-sangat la sibuk so takda la masa kite terbuang dengan perkara yang tak berfaedah kan. Tak gitu? Lepas habis je praktikal haritu, sibuk dengan report berbagai. Then preparation untuk Hari Raya Korban then balik kampung then last sekali preparation balik Melaka. Melaka? Ye, saya ulang sekali lagi. Melaka. Saya akan kembali pulang ke Melaka untuk meneruskan pengajian saya selama setahun lagi. Back to Melaka again bukan tugas yang mudah kerana begitu banyak persediaan yang harus disiapkan sebelum pulang ye. Antara persediaan yang harus disiapkan adalah seperti berikut :
  • Bayar yuran. (alamak! tak bayar lagi la. macam mana boleh lupa ni? haaiissh! esok kena bayar jugak ok!)
  • Luggage for clothing. (already done!)
  • Toiletries. (complete set)
  • Stationery. (almost done! nanti balik Melaka sure beli lagi. Haaish, pelik betul la. Tak pernah nak cukup. Tak tau dah kenapa).
  • Report praktikal. (dah siap kot)
  • Barang-barang lain tu rasanya semua dah complete kot. If tak cukup nanti beli la lagi kan kat sana. Apa susah, bukan duduk dalam hutan pon. Merlimau tu dah kira bandar ok. Harap maklum.
 Packing barang semua dah complete. Tinggal nak gerak balik Melaka je. Hurm.. new sem, new house, new subject, everything must be different. I hope I can handle all of it. I know I can do it.

Sunday, November 21, 2010

Usaha

Orang selalu cakap ''Usaha Tangga Kejayaan''. If kite nak berjaya dalam sesuatu perkara yang kite lakukan kite kena la berusaha. Kejayaan takkan datang bergolek depan mata melainkan kite sendiri yang kena berusaha untuk berjaya. Betul tak? Cakap pasal usaha ni kan, ada ke benda kat dunia ni yang kite tak payah susah-susah nak usaha nak dapat. Tutup mata je then bukak mata dah ade depan mata. Haaaa.... Ada tak? Ada tak? Nak berak pon kena usaha cari toilet ok. Lain la kalau dah memang perangai buang air kecik atau besar bersepah merata-rata kan. Tu memang mengundang! Nak tidur pon kena ada usaha jugak. Ye la, kalau kite tak berusaha nak tutup mata macam mana pulak kite boleh nak tidur kan. Lain la kalau memang sejak dilahirkan lagi tidur memang bukak mata. Tutup mata pon kira macam usaha jugak la. Kesimpulannya, apa pun yang kite lakukan pagi petang siang malam dalam kehidupan kite tu semua merupakan usaha kite. Banyak atau sikit sahaja yang membezakannya. Lepas berusaha, berdoa dan tawakal. Tu baru kitaran yang betul. Renung-renungkan dan selamat beramal. Cehhwaaah! 

Berbalik kepada persoalan di atas, situasi sebenar sekarang ini adalah saya, Sri Ma'azah bt Amran tersangat la tengah berusaha dan bertungkus lumus dengan begitu gigih dan tekun sekali untuk menyiapkan LAPORAN LATIHAN INDUSTRI saya yang hampir tiba datelinenya. Terlalu banyak usaha yang saya letakkan hingga saya merasakan kehidupan saya sangatlah tidak terurus dibuatnya. Makan dan minum yang menjadi kegemaran saya semakin terabai. Tidur yang sangat panjang dan lena semakin menjauh dari saya. Barangkali merajuk agaknya kerana saya sudah lama tidak mempraktikkannya sejak akhir-akhir ini. Rancangan-rancangan tv yang menarik, movies and drama pelbagai negara di dalam hard disc saya semakin menyepi. Kalau dulu, bukan main meriah lagi laptop saya macam ada birthday party. Saya berharap dengan segala usaha yang telah saya lakukan akan membuahkan hasil dengan kejayaan saya menyiapkan laporan yang boleh tahan banyak muka surat dan memerlukan kuantiti kertas yang boleh tahan jugak banyak nak print nanti sebelum datelinenya supaya saya tak kelam kabut dan gelabah nak siapkan bila tengok semua budak kelas saya dah siap. Full stop.

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Korban.

Masih tak terlambat lagi rasanya kite nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam yang menyambut. Sambutan hari raya aidiladaha ni kan lebih kepada pengorbanan jadi sama-samalah kite menghayati erti pengorbanan yang sebenar dalam diri sendiri. Contohnya berubah kepada yang lebih baik, itu kan pengorbanan. Betul tak?

Monday, November 15, 2010

Hari Terakhir

Setelah 5 bulan lebih kite menjalani latihan praktikal di OMEGA TRAVEL & TOURS SDN BHD, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu kini menjelang tiba. Cehwaah! kite rasa macam tengah jawab paper karangan BM time SPM dulu pulak. Skema habis. Ahaax! Ok la, kite straight forward terus. Hari ni merupakan hari terakhir kite menjalani latihan praktikal dekat travel agent ni. Kite rasa bertuah sangat dapat praktikal kat sini, segala tunjuk ajar, layanan yang diberikan akan kite ingat sampai bila-bila. Haaa, lupe nak cakap yang tadi akak-akak ofis sudi belanja kitorang kfc sempena farewell party kitorang last day praktikal. Terharu sangat-sangat! Tak sangka diorang sanggup nak celebrate untuk kitorang! Before tu kitorang dah celebrate dengan staf ofis atas makan pizza. Staf kat sini semua best taw! Sedih pulak bila tulis entry ni. Tahan je air mata ni jangan sampai menitik Nanti kantoi la. Banyak kenangan sepanjang kite kat sini. Pahit manis tu biasa la. Baru la kehidupan namanya. Betul tak? Sepatutnya kite habis praktikal ni 19/11 tapi boss kite punye la baik sangat nak release awal. Terima kasih Puan Faridah. Kite doakan Puan Faridah murah rezeki dan panjang umur. Ni bukan bodek ok. Tolong jangan salah faham ok. Haha.

Tapi yang tak seronoknya tinggal lagi 2 minggu je nak siapkan report ni. Sempat ke? Adeh, pening kepala jap.

Thursday, November 11, 2010

Tamat

Lamanya kite tak update!! kite rasa bersalah sangat-sangat!(lakonan semata-mata). Ye la, kite kan dah nak habis praktikal so macam busy la sikit. Cehhwaah! Haaa, kite nak beritahu ni yang kite akan tamatkan latihan praktikal dalam masa beberapa hari je lagi. Hurm, 6 bulan kite kat sini. Macam-macam perasaan kite rasa sekarang ni. Sedih, happy semuanya la. Yang pasti, kite mesti rindu dengan semua orang kat sini. Rindu nak gelak-gelak, gossip-gossip, semuanya la rinduuu!! Kite nak ucapkan terima kasih sangat-sangat dekat boss, abang-abang ofis, akak-akak ofis sebab sepanjang kite praktikal kat dah banyak benda kite belajar. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, nasihat, sabar dengan kerenah kite. Terima kasih sangat-sangat. InsyaAllah, sepanjang kite praktikal di sini akan menjadi kenangan manis dan pengalaman yang paling berharga dalam hidup kite.

p/s: yang tak bestnya bila habis praktikal ni kena buta report tebal-tebal macam apa tah. SANGAT TAK BEST!

Tuesday, November 2, 2010

Betisku lebam dan bengkak gara-gara terpijak meja sampai roboh.

Macam ganas tak tajuk entry tu? ke macam nak mintak simpati punya tajuk entry? Ah, tak kisahlah mana-mana pon yang penting kite nak bagitau kat korang yang betis kite sekarang ni memang lebam dan bengkak. Sumpah tak tipu. Nak tahu tak macam mana benda ni boleh jadi kat kite? Nak tahu tak? Tapi promise jangan gelak taw (sambil buat muka gedik mintak selipar jepun).

Macam ni ha cerita dye, ada la satu malam tu kan tapi kite tak ingat la malam keberapa dalam kalendar dan berapa haribulan tapi yang pasti minggu lepas la.(gile pelupa macam mak nenek kan) Lokasi kejadian di dalam bilik tidur kite yang kecik molek macam tuan dye jugak. Ok, yang tu kite memang sengaja tambah. Dalam bilik kite tu ada katil besi dan kayu 2 tingkat sebab katil tu diperbuat daripada besi dan kayu. Lepas tu, sebelah katil tu ada meja study untuk kite study konon-kononya. Lepas tu, bersebelahan pintu keluar masuk ada almari kecik untuk kite letak barang-barang peribadi kite contohnya tak perlu la kot nak mention kat sini. Dah nama pon personal stuff right? Apa kite merepek ni? kite cakap nak cerita kenapa betis kite lebam dan bengkak kan? Apa jadah kite cerita position furniture dalam bilik kite pulak ni.  Dush dush tumbuk diri sendiri.

Ok, back to the main story. Time tu dah pukul berapa tah. Tak silap kite dalam pukul 10 lebih kot. Kite dah ready nak beradu. Dah pakai cream kat muka berbagai, konon-kononnya la kan. Sikat rambut letak serum semua. Awal kan kite dah nak tidur? Padahal baru pukul berapa. Tak remaja langsung! Bak kata sorang kawan kite ni 'Apa jadah tidur awal, tak urban langsung la'. Apa kena mengena tidur awal dengan urban? Sampai sekarang kite tak paham. Tengok, kite merepek lagi. Sambung balik. For your information, katil kite 2 tingkat kan? so disebabkan kite yang paling berani dan paling tak gayat dalam adik beradik kite ditugaskan untuk tidur di tingkat atas. Means, bahagian atas la. Yang kat bawah tu, sleeping partner kite sebab dye penakut dan gayat nak panjat tangga tidur kat atas.

Bila nak sampai klimaks ni Seriy ooiii! Cukup-cukup la kau merepek. Time kite nak panjat tangga tu kan, tetiba kite ternampak COVER MUKA DEPAN REPORT PRAKTIKAL kite yang kite letak elok-elok dekat rak buku atas meja study tu kena lipat dua then boleh pulak ade 2-3 buah buku kecik tindih atas dye. OMG!! Siapa yang berani buat macam tu ha? Kalau kedut cover tu macam mane. Tak cantik la muka depan report kite. Ish, geram sungguh la. Dengan rasa geram + terkejut + gelabah sebab kite takut nanti report kite cover dye tak cantik macam orang lain punya, kite dengan confidentnya terus pergi panjat meja study tu sebab nak alihkan cover kite tu la. Kite ulang lagi sekali dengan confidentnya dan tanpa rasa apa-apa kite pergi panjat meja study tu. Lepastu kan, tiba-tiba ccrraaacckk! Meja tu roboh! roboh ok. Tapi bukan roboh semuanya ok just dekat tempat yang kite letak kaki tu je. Then kite tataw la macam mana skru dekat yang patah tu boleh bergesel dekat betis kite. Panjang jugak weh! Boleh nampak garisan tu bengkak tapi tak berdarah. Thank God. Kite takut darah ok so nasib baik la tak berdarah bagai. Yang peliknya tak rasa apa-apa pon time tu. Sakit tak pedih pon tak. Kelakar ada la. Terkekek-kekek gelak sebab tak pasal-pasal meja tu yang roboh. Hahahaha

Haaa, bangun je esok pagi ambik kau lebam besar nak mampus. Bengkak pulak tu. Baru la rasa sakit sikit-sikit yang malam tadi memang tak rasa apa-apa. Lebam tu macam darah beku dekat sekeliling bengkak tu. Agak menakutkan untuk tontonan bawah 12 tahun ye. Harap maklum. Ingat nak sorokkan dekat mama dengan maktok sebab takut kena marah punya pasal tapi dah lebam besar macam tu celah mana pulak nak sorok. Dah terang lagi bersuluh. So, bila mama tegur pasal lebam tu kite pon cerita la kat mama macam mana kite pijak meja tu sampai patah kan. Sambil tu dah ready dah nak kena marah balik sebab kite dah rosakkan meja tu kan. Memang dah berserah dah kalau kena bebel kejap lagi. Tetiba kite rasa macam tak percaya pulak bila mama boleh cakap camni kat kite, 'ish, menyesal pulak beli meja murah macam tu. beli dekat GIANT hari tu sebab adik kau Maisarah sibuk nak meja study baru. memang tak tahan lama'.

Tengok! mama pon tak salahkan kite taw! Siapa tah yang pandai-pandai cakap kite dah berat sampai meja tu pon boleh roboh. Dulu kite pijak meja tu ok je. Tak pernah pulak nak roboh. Meja tu yang salah kan mama kan? Akak tak salah pon. Meja tu roboh bukan sebab akak kan tapi sebab meja tu brand GIANT.