Wednesday, February 8, 2012

Officially 22


Thank you family & friends for your wonderful birthday wishes, for your irreplaceable gifts and for your unforgettable smiles! I have been blessed with the happiest memories of my life sharing the same date with Maulidur Rasul. Alhamdulillah.  Now, I am officially 22 and still single. Ehh, what the?? 

Friday, February 3, 2012

Hari Kedua

Untuk makluman korang semua, saya kini melaporkan siaran langsung dari Omega Travel & Tours Sdn. Bhd, Menara UOA Bangsar, direct link with LRT Bangsar dan bersebelahan dengan Menara Maybank. Fuhh! Tak cukup nafas nak habiskan sebut alamat je pon! Over kemain! Ngeh ngeh! Eh eh, apesal tetiba kite nak mention address tu pelbagai kan? Dengan ini saya mengumumkan motifnya adalah saya, Sri Ma'azah anak pakcik Amran merangkap kepada tuan empunya belog yang comot ni  telah memulakan kerjayanya bertempat di travel agency tersebut setelah tamat menghabiskan pengajian di Politeknik Merlimau, Melaka dalam course Diploma Pengurusan Pelancongan. Kemain panjang lagi self introduction. Over kan! Actually, ni dah masuk hari kedua kite bekerja kat sini. Kite start on 2nd February semalam. Dulu pun kite pernah practical kat sini lebih kurang 6 bulan kot. So macam takda la nak new environment sangat kan. Dah biasa dah just staff la yang lain sikit sebab banyak dah bertukar tapi boss tetap maintain sama ok. 

Then kat sini kite diberi jawatan as 'visa officer'. Aicehh, kemain lagi nak jawatan pelbagai kan. haha. Kite sebagai visa officer je pun means job yang kite perlu buat macam manage all the visa la. Have to settle down all the documents before submit the visa then baru la bole proceed visa semua tu. Mostly visa yang company kite buat sekarang ni visa to Arab Saudi sebab main business here is Umrah. Tapi bole je if nak pergi travel mana-mana pon. Dah namanya pun travel agency kan so cakap je la nak pergi mana-mana. Bisa diatur dong! Hanya perlu sediakan wang ongkosnya! Eh, apahal tetiba speaking Indon? Maaf, pengaruh sinetron agaknya. 

So sepanjang 2 hari dah bekerja ni banyak la benda yang kite belajar. It's a new experience for me and I really enjoyed it! Seriously! 



P/S : Tu la nama penuh kite. Mesti korang semua tak pernah dengar kan? Well, it's me. I'm different from others! =)

Thursday, February 2, 2012

Tamat Sudah Sesi Bertapa

Dengan sukacitanya saya mengumumkan kepada seluruh pelusuk alam semesta, saya selaku tuan punya belog yang tak berapa nak rajin dan mempunyai sikap malas yang tegar serta membiarkan belog comot kesayangan ini dah berbulan-bulan tak terusik. Bukan sebulan dua ya tapi hampir 5 bulan. Saya ulangi, 5 bulan. Harap maklum. Saya sedar betapa kejamnya diri saya ini membiarkan belog comot ini sebegini rupa tetapi saya telah menebus kesalahan saya yang bukan tak sengaja tapi memang sengaja ini dengan menukar header dan wajah belog saya yang dulunya agak comot dan hodoh kepada wajah dan rupa bentuk baru yang masih lagi comot tapi cute serta suci. Errr, cute ke? Maafkan saya atas keterperasan diri saya terhadap wajah baru belog saya ni. Penat saya buat plastic surgery tahu! Kenapa saya cakap suci? sebab warna putih kot! Even my favorite color is PINK but color putih ni nampak suci dan bersih. Tapi header tetap nak color PINK! Hehe..

Berbalik kepada tajuk entri di atas, saya telah menamatkan sesi bertapa saya selama 5 bulan dengan jayanya dan gilang gemilang! Yabebabeduuu! Bangga dengan diri sendiri. Bukan senang nak bertapa dari dunia belog ni. Ada je dugaan dan cabaran. Nafsu kena tahan. Eh, apa ke merepek ke nafsu bagai ni! Maafkan saya sekali lagi. Tapi bagi diri saya la. Tak tahu la kalau orang lain kan. Harap maklum. Jadi, sempena bulan Februari yang sememangnya bulan kecintaan, (my birthday on February kott! woot woot!) saya tak nak la berjanji kang tak termakan dengan janji diri sendiri baru tahu. So, berazam je la yang saya akan lebih mengaktifkan dan merajinkan diri sendiri untuk belog comot saya ini. InsyaAllah.