Sunday, June 2, 2013

Peperiksaan Akhir Semester

Assalamualaikum.

Dah baca entri kan? Jadi tahu lah aku nak membebel pasal apa ni. Lagi beberapa hari je aku akan menghadapi peperiksaan akhir semester. Untuk pengetahuan korang semua, aku baru semester dua uolss! Muda remaja gituuu. Baru nak masuk setahun jagung dekat Universiti Utara Malaysia yang tercinta ni. Kemain perasan muda remaja! Kakakaka

Aku taip entri ni pun dalam pukul 3 pagi. Haaa, biasalah kehidupan sebagai seorang pelajar ni. Dah nak dekat exam tu mana kenal dah erti nak tidur awal. Kononnya tidur lambat sebab nak study punya pasal kan. Memang betul aku berjaga tengah malam ni nak study katanya tapi study tu tak sebanyak aku dok godek godek internet ni haaa! Aku memang suka buang masa macam ni. Padahal aku ada 6 paper untuk semester ni. Amikkk kauuu! Tapi tak sedar diri lagi. Dok berangan apa tah lagi. Hahahaha

Doakan aku dapat mengharungi peperiksaan akhir semester kali ini dengan cemerlang, gemilang dan terbilang! Exam aku bermula pada 4 Jun 2013 dan berakhir pada 25 Jun 2013. Haaaa, lama kemain kan! Gap lama sangat uolsss di antara paper yang kedua terakhir tu dengan paper terakhir. Sesuai la UUM ni bagi jarak masa yang lama untuk paper terakhir aku sebab paper terakhir ni killer paper uolssss! Bagi aku la killer paper tak tahu la orang lain macam mana sebab manusia ni citarasa dia lain lain. Bagi aku susah tapi bagi dia senang je macam makan cendol kat bawah jambatan tu. Ehh, merepek apa pulak cendol kan. Hahaha.  Bagi aku paper last 'Komunikasi Organisasi' ni susah bak hang!! Payah kemain! Teori taknak banyak pulak! Jadi dengan jarak masa yang lama tu dapatlah jugak aku menelaah lebih sikit kan. 

Aku tak harap banyak pun semester ni sebab aku rasa aku tak bersungguh sangat pun semester ni. Tak tahu la kenapa. Aku harap aku lulus semua paper dan tak payah nak repeat untuk semester depan. Pointer maintain 3.0 ke atas. Itu je yang aku harapkan. Doakan aku!