Thursday, December 9, 2010

Finally

Woot woot!! Lama dah jari jemari ni tak menaip dekat papan kekunci ni. Ok, tipikal papan kekunci atau lebih dikenali sebagai keyboard. Finally, semuanya dah selesai! Yeay, dah boleh melompat keriangan sebab semua benda yang kena buat lepas habis je praktikal semuanya dah settle! Report dah submit, modul dah daftar, the last one INTERVIEW pon dah settle! Now, tinggal nak tunggu result je. Mintak-mintak la ok kan! Penat taw 5 bulan menjadi career woman. Cehhh! Yang paling best sekarang ni kan tak payah lagi la nak bajet risau gelabah tak tentu pasal sebab takut report kena reject berbagai, format salah la, report nipis sangat la, tak banyak isi la tah apa-apa tah lagi kan then bila interview pulak takut tak dapat jawab la, nervous sampai tergagap-gagap nak jawab apa yang lecturer tu tanya, lecturer garang semacam, interview conversation in english and banyak lagi la alasan-alasan yang tak masuk akal nak bagi kan. Fuuhhh! Lega sangat bila semua ni dah settle. Dah boleh start fokus on benda lain pulak. 

Lagi satu kan, semua class pon dah start and subject for this sem pon boleh tahan nampaknya. Kena study lebih sikit la. Dah tak boleh nak main-main tergedik-gedik macam sem 1 dulu. Subject yang paling menakutkan sekali kan sampai kite rasa macam nak pening-pening je bila kite nak kemas beg pergi class then tengok schedule esok ada subject tu. Apa lagi kalau bukan subject 'Perakaunan Kewangan Pelancongan'. Subject tu memang betul-betul menakutkan! Perlu ke belajar lagi akaun sem ni? Bukan sem 1 dulu dah ambil ke? Pelik betul la. Kite bukan apa, kite ni allergic sikit bab-bab yang melibatkan kira-kira dengan nombor ni. Maklumlah, math dulu pon jarang sekali nak dapat A. Boleh kira dengan jari berapa kali je pernah dapat A time sekolah dulu. Bayangkan la nak study akaun pulak sem ni. Time sem 1 dulu pon, memang cukup-cukup makan je untuk lulus taw! Nasib baik la tak repeat. Haaiissh, nampaknya memang kena lipat gandakan usaha lebih sikit la kan sem ni, dah tak boleh nak terkinja-kinja lagi! Sedar diri ye wahai diri sendiri. 

Haaaa, lagi satu kan if semua nak tahu, kite baru je dilantik sebagai 'Setiausaha' atau lebih dikenali sebagai 'Secretary' untuk subject 'Interpretasi Pelawat' for this semester. Saya ulangi, secretary ok! bukan security atau jaga atau pak guard atau pengawal keselamatan atau sewaktu dengannya. Yang peliknya, kite dilantik for this position bukan atas dasar undian atau pilihan orang ramai atau pilihan raya atau sewaktu dengannya tetapi atas pilihan lecturer tu sendiri. Nampak macam kite gila kuasa je taw tak pasal-pasal lantik diri sendiri kan tapi kite bukan macam itu ye semuanya! Harap maklum. Kite sendiri pon pelik and macam tak percaya je bila lecturer tu sebut nama kite. Ceritanya macam ni, semalam merupakan kelas pertama untuk subject ni then kitorang semua pon duduk la dalam kelas diam-diam tunggu lecturer masuk. Dalam 5 minit macam tu, puan yang mengajar untuk subject ni pon masuk and briefing sikit about this subject. Apa yang kite taw, sem ni kitorang semua kena buat big project menggantikan event pameran memandangkan tenaga kerja yang tidak mencukupi. Ye la, apa jadah nak buat pameran kalau satu class 10 orang student je kan! Then puan pon ada briefing pasal we must work as a group, kerja berkumpulan, jangan nak curi tulang and sewaktu dengannya. Lepas tu, tiba-tiba je puan tu bersuara yang saya melantik Sri Ma'azah Amran sebagai setiausaha for this project. Wah, macam nak terkeluar jantung kite time tu au! Tengah menulis ni terus berhenti pandang puan tu dengan muka kenapa mesti saya puan? saya taklah sebagus tu kot. Tapi terus tak jadi nak cakap macam tu bila puan tu cakap kenapa? ada masalah? Haaa, amek kau! terdiam terus! Untuk pengetahuan semua, kite terima la tugasan terbaru kite ni walaupun kite tak berapa nak yakin sebenarnya. Harap-harap ok la kan. Yang kite musykil sampai sekarang, kite pon tak pasti apakah motif puan  melantik kite sebagai setiausaha. Kite ni takdela bagus mana kan. Kite pon tak pasti apa yang puan tu nampak kat kite ni ha! Hahahahaha.. Apa-apa pon, i'll take it as a challenge for myself and i'll prove it to everyone that i can do it! Fighting!

Thursday, December 2, 2010

Lega, Alhamdulillah

Alhamdulillah... semuanya dah selesai. Lega betul hati ni. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata betapa leganya perasaan diri ini. (Cehwah, ayat macam apa je. Perlu belajar dengan lebih gigih lagi ye wahai diri sendiri jikalau ada hati ingin menulis seperti penulis).

Report dah submit. Modul dah daftar. Tinggal nak interview je lagi. Feel like satu beban dah hilang. Tak perlu nak stay up sampai tak tidur buat report lagi kan. Then dah boleh tidur dengan nyenyak sebab tak payah nak beban kepala otak fikir bab apa lagi yang tak siap. Tak perlu nak rasa gelabah and nervous semacam sebab takut salah buat format report lepas tu lecturer tak nak accept Semua tu dah tak perlu nak fikir lagi! Yeay! dan yang paling best sekali, nasib sangat la baik sebab dapat lecturer yang baik dan yang paling penting, sempoi for the last stage 'INTERVIEW'! Hopefully semuanya berjalan lancar time interview nanti! Wish me luck ya! dan yang paling penting sekali, bermulalah kehidupanku di bandar Merlimau yang errrr, tak berapa nak bandar sangat la kot. Semester baru, rumah baru, environment pon baru. Hopefully this semester will be the great semester than last, last, last, last semester.

Tuesday, November 30, 2010

Kembali dan Persediaan

Sedar tak sedar, begitu cepat masa berjalan. Orang cakap masa itu emas jadi jangan sia-siakan dengan perkara yang tak berfaedah. Fuh, semenjak dua menjak ni kite memang tersangat-sangat la sibuk so takda la masa kite terbuang dengan perkara yang tak berfaedah kan. Tak gitu? Lepas habis je praktikal haritu, sibuk dengan report berbagai. Then preparation untuk Hari Raya Korban then balik kampung then last sekali preparation balik Melaka. Melaka? Ye, saya ulang sekali lagi. Melaka. Saya akan kembali pulang ke Melaka untuk meneruskan pengajian saya selama setahun lagi. Back to Melaka again bukan tugas yang mudah kerana begitu banyak persediaan yang harus disiapkan sebelum pulang ye. Antara persediaan yang harus disiapkan adalah seperti berikut :
  • Bayar yuran. (alamak! tak bayar lagi la. macam mana boleh lupa ni? haaiissh! esok kena bayar jugak ok!)
  • Luggage for clothing. (already done!)
  • Toiletries. (complete set)
  • Stationery. (almost done! nanti balik Melaka sure beli lagi. Haaish, pelik betul la. Tak pernah nak cukup. Tak tau dah kenapa).
  • Report praktikal. (dah siap kot)
  • Barang-barang lain tu rasanya semua dah complete kot. If tak cukup nanti beli la lagi kan kat sana. Apa susah, bukan duduk dalam hutan pon. Merlimau tu dah kira bandar ok. Harap maklum.
 Packing barang semua dah complete. Tinggal nak gerak balik Melaka je. Hurm.. new sem, new house, new subject, everything must be different. I hope I can handle all of it. I know I can do it.

Sunday, November 21, 2010

Usaha

Orang selalu cakap ''Usaha Tangga Kejayaan''. If kite nak berjaya dalam sesuatu perkara yang kite lakukan kite kena la berusaha. Kejayaan takkan datang bergolek depan mata melainkan kite sendiri yang kena berusaha untuk berjaya. Betul tak? Cakap pasal usaha ni kan, ada ke benda kat dunia ni yang kite tak payah susah-susah nak usaha nak dapat. Tutup mata je then bukak mata dah ade depan mata. Haaaa.... Ada tak? Ada tak? Nak berak pon kena usaha cari toilet ok. Lain la kalau dah memang perangai buang air kecik atau besar bersepah merata-rata kan. Tu memang mengundang! Nak tidur pon kena ada usaha jugak. Ye la, kalau kite tak berusaha nak tutup mata macam mana pulak kite boleh nak tidur kan. Lain la kalau memang sejak dilahirkan lagi tidur memang bukak mata. Tutup mata pon kira macam usaha jugak la. Kesimpulannya, apa pun yang kite lakukan pagi petang siang malam dalam kehidupan kite tu semua merupakan usaha kite. Banyak atau sikit sahaja yang membezakannya. Lepas berusaha, berdoa dan tawakal. Tu baru kitaran yang betul. Renung-renungkan dan selamat beramal. Cehhwaaah! 

Berbalik kepada persoalan di atas, situasi sebenar sekarang ini adalah saya, Sri Ma'azah bt Amran tersangat la tengah berusaha dan bertungkus lumus dengan begitu gigih dan tekun sekali untuk menyiapkan LAPORAN LATIHAN INDUSTRI saya yang hampir tiba datelinenya. Terlalu banyak usaha yang saya letakkan hingga saya merasakan kehidupan saya sangatlah tidak terurus dibuatnya. Makan dan minum yang menjadi kegemaran saya semakin terabai. Tidur yang sangat panjang dan lena semakin menjauh dari saya. Barangkali merajuk agaknya kerana saya sudah lama tidak mempraktikkannya sejak akhir-akhir ini. Rancangan-rancangan tv yang menarik, movies and drama pelbagai negara di dalam hard disc saya semakin menyepi. Kalau dulu, bukan main meriah lagi laptop saya macam ada birthday party. Saya berharap dengan segala usaha yang telah saya lakukan akan membuahkan hasil dengan kejayaan saya menyiapkan laporan yang boleh tahan banyak muka surat dan memerlukan kuantiti kertas yang boleh tahan jugak banyak nak print nanti sebelum datelinenya supaya saya tak kelam kabut dan gelabah nak siapkan bila tengok semua budak kelas saya dah siap. Full stop.

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Korban.

Masih tak terlambat lagi rasanya kite nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam yang menyambut. Sambutan hari raya aidiladaha ni kan lebih kepada pengorbanan jadi sama-samalah kite menghayati erti pengorbanan yang sebenar dalam diri sendiri. Contohnya berubah kepada yang lebih baik, itu kan pengorbanan. Betul tak?

Monday, November 15, 2010

Hari Terakhir

Setelah 5 bulan lebih kite menjalani latihan praktikal di OMEGA TRAVEL & TOURS SDN BHD, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu kini menjelang tiba. Cehwaah! kite rasa macam tengah jawab paper karangan BM time SPM dulu pulak. Skema habis. Ahaax! Ok la, kite straight forward terus. Hari ni merupakan hari terakhir kite menjalani latihan praktikal dekat travel agent ni. Kite rasa bertuah sangat dapat praktikal kat sini, segala tunjuk ajar, layanan yang diberikan akan kite ingat sampai bila-bila. Haaa, lupe nak cakap yang tadi akak-akak ofis sudi belanja kitorang kfc sempena farewell party kitorang last day praktikal. Terharu sangat-sangat! Tak sangka diorang sanggup nak celebrate untuk kitorang! Before tu kitorang dah celebrate dengan staf ofis atas makan pizza. Staf kat sini semua best taw! Sedih pulak bila tulis entry ni. Tahan je air mata ni jangan sampai menitik Nanti kantoi la. Banyak kenangan sepanjang kite kat sini. Pahit manis tu biasa la. Baru la kehidupan namanya. Betul tak? Sepatutnya kite habis praktikal ni 19/11 tapi boss kite punye la baik sangat nak release awal. Terima kasih Puan Faridah. Kite doakan Puan Faridah murah rezeki dan panjang umur. Ni bukan bodek ok. Tolong jangan salah faham ok. Haha.

Tapi yang tak seronoknya tinggal lagi 2 minggu je nak siapkan report ni. Sempat ke? Adeh, pening kepala jap.