Tuesday, May 17, 2011

Result? Keputusan? dan sewaktu dengannya.

Sekarang ni kan semua orang sibuk cakap pasal result taw. Bukak je fb duduk pon tak sempat nak panas punggung lagi ada la hamba-hamba Allah ni sibuk nak im kat bawah tu tanya pasal result kan. Eh, kejap kite bukan cakap pasal result football match team M.U yang tak berapa nak minat between CHELSEA yang still got the blues tu kan. (Kite peminat team biru tu!) Kite juga bukan nak cakap siapa peserta AF yang terkeluar konsert lepas kan lepastu Aznil pengacara AF tu suka cakap "segala keputusan terletak di tangan anda".

Yang kite nak cakap sekarang pasal keputusan peperiksaan akhir kite semester lepas la. Kan sekarang ni musim check result. Tapi untuk student politeknik macam kite je la yang dah keluar result final exam tu. Untuk student tempat lain belum lagi kott. Wahh, patut la meriah semacam je facebook kite sekarang ni dengan status-status pasal result kan then ramai la pulak nak im kat bawah tu nak tanya pasal result je kan. Cakap pasal status kite mengaku la yang kite pon ada buat jugak. Saja nak tengok reaksi orang ramai. Cehwahh! Tapi ramai yang concern jugak taw. So tak sia-sia la percubaan kite kan. haha

Korang nak taw tak result kite untuk semester lepas macam mana? Alaaa, if korang tak nak ambil tahu pon kite nak bagitahu jugak kat sini. Kite nak bagitahu yang result final kite untuk semester 5 ni tersangat la cemerlang berbanding semester-semester lepas taw! Yahooo! Tak sia-sia usaha kite untuk semester ni. Alhamdulillah. Kite bersyukur sangat dengan result kite tu. Yang paling best sekali classmate kite semua pon sukses dengan cemerlang jugak taw. Ramai yang ada peningkatan. Ada sorang tu siap dapat 4 flat lagi! Untung la kan! hehe.. Bagus lah kan, dah nak dekat semester akhir ni bila tengok result best macam tu rasa happy sangat. Feel macam berbaloi sangat study untuk 2 tahun setengah ni kan. Yang paling kite happy tu sebab tercapai jugak cita-cita kite nak naik atas pentas untuk Anugerah Ketua Jabatan even sekali pon jadi la sepanjang kite study ni. Finally! dapat jugak kite merasa naik pentas nanti. Syukur alhamdulillah.


p/s : kite berazam nak dapat pointer best macam ni lagi sem depan so kite kena rajin-rajin lagi kan! 

Monday, May 2, 2011

Teringin nak menulis lagi

Dah lama tak menulis kat sini. Rindu sangat nak berceloteh panjang-panjang kat sini. Terasa macam lama sangat menghilangkan diri. Memang lama pon kan. Busy dengan event, final exam. Now semua tu dah settle. Dah start cuti so memang banyak la masa terbuang kan. 2 bulan kotttt! Memang lepas ni keja menghadap laptop je la. Godek-godek apa yang patut and at the same time boleh belajar to improve my writing. Tapi sekarang mood baca belog orang lagi membuak-buak dari mood nak menulis taw. Bukan apa, kite suka baca experience orang lain. I really enjoy that. Apa yang baik, kite boleh ikut and apa yang tak baik kite minta jauhkan. Ok la, kite nak pergi cari mood nak berceloteh panjang-panjang kat sini. Rinduuuuuuuuuu!

Sunday, March 27, 2011

Frust then tak frust dah.

Cehhhh, tajuk tak menahan kan. Over je. Cakap pasal tajuk ni kan, tahu tak kenapa kite letak tajuk macam ni? Meh sini nak story. Disebabkan rasa bosan yang teramat sangat semalam dan tak tahu nak buat apa kat rumah ni, then my sis yang dua orang tu sibuk ajak kite nak pergi tengok movie. Nak tengok cerita epik Merong Mahawangsa yang heboh diperkatakan sekarang ni tu katanya. So, disebabkan kite ni tak sampai nak hampakan hati dan perasaan diorang berdua kite pon cakap haa, cepat siap sekarang then call abah suruh balik sekarang pick up kat rumah. 

Abah balik je terus melulu masuk dalam kereta tak toleh kiri kanan dah. Excited punya pasal nak tengok Stephen Hughes Rahman yang mantop tu jadi hero dalam movie tu kan. Masuk je dalam kereta tak sempat abah nak tanya nak pergi mana terus je cakap Wangsa Walk taw abah. Then dalam kereta abah tanya tiket dah booking belum?? dah pukul berapa dah ni?? sempat ke?? nanti penat-penat pergi takda tiket kan frust menonggeng tu. Time tu baru pukul 8 malam taw then kite pon dengan confident cakap baru pukul 8 kot abah takkan takda tiket kot. Sure ada punya la. Confident betul kan?

Sekali dah sampai kat depan TGV haa, amek kau. tiket pukul 9.30 dah full ok. Firasat abah memang tepat. Menyesal tak booking dulu. Memang betul betul frust menonggeng tertonggeng tonggeng! Apa kite merepek ni? frust punya pasal kan. Tiket dah full, kite frust la sikit tapi adik kite yang dua orang tu lagi frust taw! Kecewa je muka diorang. Kesian betul. Nak jalan-jalan banyak kedai dah tutup taw. So, macam takda makna je. Then kitorang pon decide nak karaoke. Sekali pergi room semua dah penuh so kena la tunggu. Disebabkan frust sangat tak dapat nak tengok movie, gigih jugak nak tunggu. Sanggup bagi nama dalam waiting list. Akak kaunter tu cakap kena tunggu lagi 47 minit taw. Amboi, bukan main lama lagi tapi kitorang still jugak gigih nak tunggu. Nampak tak kegigihan kitorang kat situ? Ahaakkss!

Sementara nak tunggu 47 minit tu kan, then my sis ajak pergi makan dulu ke apa ke sebab takkan nak tercangak tunggu kat depan pintu karaoke tu kan. Then time tengah jalan-jalan nak cari tempat makan mana yang macam best, jeng jeng jeng! ce teka ce teka ce teka kite terserempak dengan.....ZAHIRIL ADZIM kott! Alaa, siapa Zahiril Adzim ni? takkan korang semua tak kenal kot. pelakon cerita KAMI tu la. Dia ada blog jugak. Ni link blog dia. Pergi cepat follow. Dia rajin update taw. He's very puitis..hehehe..Then sekarang ni dia berlakon dalam drama 6 Progresif kat tv9 tu. Nama dia Nik dalam drama tu. Nampak sangat kau minat dia kan Seriy. Habis semua kau tahu. Ishh, dia memang cool habis. Sempoi je kat luar taw! Tak tinggi sangat, tak pendek sangat. Comel je. Hensem pulak tu! Ada tahi lalat lagi. Manisnyeeeee...
Macho habis kan? Ishh, tergugat mak!  =))
Yang bestnya, kite bukan jumpa dia je taw tapi dengan Sazzy Falak sekali. Alaaa, Sazyy Falak yang cute miut kecik molek wife kepada Nazril Idrus tu. Takkan tak kenal kott. Now Sazzy tengah pregnant. Baby girl katanya. Kembar lagi taw. Nampak sangat kau suka baca blog gosip-gosip artis kan. Tapi Sazzy memang chantekkk. Gorgeous. Even tak make up pon still chantek taw! Flawless gituu nok! Rupanya diorang berdua duduk satu table kat kopitiam tu. Macam ada disscussion. Niat hati macam nak approach diorang then tebalkan muka nak snap pic together tapi takut macam mengganggu diorang tengah disscuss kan. So, niat kat hati tu terpaksa dibatalkan dengan serta merta. Jeling jeling dari jauh pon dah cukup kott. Nevermind, dah sah-sah ZAHIRIL ADZIM tu tersemat dalam hati ni..
Sazzy chantekk sangat. seriously! =))

Kesimpulannya kat sini, perasaan kecewa, hampa tak dapat nak tengok movie Hikayat Merong Mahawangsa tu dah terubat dengan pertemuan yang tak diduga oleh dua orang selebriti pujaan hati ni. Cehhwaahh! Tak dapat tengok Stepehen Rahman Hughes pon tak kesah dah. hahaha..

p/s : Malam tu balik terus mimpi Zahiril Adzim. Memang tak bole blah kan... hahaha


Tuesday, March 15, 2011

Sibuk tak ingat!

Fuuuhhhh! (ala-ala gedik macam Awal Ashaari dalam rancangan gosip Fuuhh kat tv3 tu).. haha. What a hectic week! Beberapa minggu ni memang sibuk tak ingat taw. Tidur lambat tu dah macam perkara biasa. Makan ke tak makan tu belakang cerita. Haa, boleh imagine tak betapa sibuknya kite semenjak dua menjak ni.. Biasalah hari event dah nak dekat kan so banyak betul preparation nak kena buat. Pejam celik pejam celik event kite tu hari khamis ni. Maksudnya lusa la kan? Haaaa, cepat betul masa berjalan sekarang ni kan. Ish, tetiba nak rasa nervous semacam au. Ye la, mana tak nervous kan kena buat pameran untuk orang ramai. Bukak booth then kena promote pulak booth kite tu kat orang ramai. Booth kite pasal Jasin. Korang taw tak Jasin tu apa kebendanya? Meh sini nak story sikit. Jasin tu salah sebuah daerah kat negeri Melaka yang bersejarah ni. So, as our project for this subject kite kena la promote daerah Jasin ni dari segi tourism. Apa yang best kat Jasin ni and apa product tourism yang ada kat Jasin ni. Then dekat booth tu pulak kite kena la attract orang ramai dengan segala macam jenis aktiviti, games, or apa-apa je yang boleh buat booth kite nanti tu meriah meletup boom boom! Amboi, bukan main lagi taw.. Fuuhh, berpeluh nak cerita.

So, all the preparations have been done and tinggal nak promosi besar-besaran esok je kat student poly ni. Then malam esok pulak nak kena set up booth kat dewan semua. Banyak lagi benda nak kena buat before hari event kan. Later kite update pasal hari pameran tu taw! So, i hope everything will be fine and semuanya berjalan lancar sampai la ke hari pameran nanti.


Monday, February 28, 2011

Side income? macam menarik je kan!

Haaa.. jom nak cerita pasal side income kali ni. Duduk goyang kaki pon boleh dapat income kan? Rajin dengan tak rajin je la kunci utama nak berjaya dengan side income ni. Sebelum ni selalu dengar pasal nuffnang je kan, so kali ni jom try dengan heartbeat.my ni pulak. Yang bestnya pasal benda ni tak perlu traffic yang tinggi macam nuffnang. Cukup dengan klik je then dah dapat RM0.04 sen untuk setiap klik! Tengok? klik je dah cukup ok. Korang jugak tak perlu nak risau dengan status gliteratti nuffnang korang sebab heartbeat.my ni bukanlah competitors nuffnang. Diorang cuma jual barang-barang souvenirs and takde kena mengena langsung dengan nuffnang. Pendek cerita, memang takkan effect la dengan nuffnang tu. So, apa tunggu lagi. Jom la daftar ramai-ramai. Rezeki jangan ditolak. Betul tak?

Just follow this step. 
      • First, klik je dulu banner ni untuk ke website diorang.
      • Second, klik dekat icon heartbeat yang telah dibulatkan tu. 
      • Then klik CREATE ACCOUNT dan sila isi kesemua maklumat yang berkaitan. 
      • Masukkan Password Email Address then klik je I Agree Heartbeat's Term of service then klik continue.
      • Then, dah create account klik Join HB!Affiliate kat kotak merah bawah tu.
      • Klik Online Application then isi kesemua maklumat yang diperlukan.


      • Pilih cara pembayaran yang hendak dibuat kepada anda. tick i agree and then klik continue.

      • Klik GET A CODE (seperti lampiran dibawah).
      • Copy Code yang anda kehendaki (bertanda merah bulat), yang ni ikut suka hati korang la nak letak kat bahagian mana blog korang.
      • Yang ni korang boleh klik untuk check berapa earning korang.


      See, as easy as ABC right? Haaa, lepas dah register kena la rajinkan diri promote heartbeat.my ni. Baru lah income korang akan makin bertambah dan terus bertambah. Mudah-mudahan step kat atas ni semua dapat membantu korang. Kite dapat benda ni pon dekat blog SHERAH'S BLOG. Credit to her! 

      p/s : benda baik ni elok kite kongsi. Asalkan dapat membawa kebaikan. Mudah-mudahan. 






      What a day?

      • Tertinggal bas balik Melaka.
      • Kena sound dengan makcik kaunter tiket.
      • Jatuh tangga dekat station LRT Bandar Tasik Selatan.
      • Selipar putus. Nasib baik ade kasut spare.