Saturday, January 1, 2011

Welcome 2011

Sedar tak sedar, begitu cepat masa berlalu. Tahun baru rupanya. Maaflah sebab lama menyepi. Banyak sangat perkara yang berlaku sampai tak perasan blog terabai. Ok, fine. Alasan tak munasabah langsung. Bukan apa, semenjak dua menjak ni banyak sangat benda yang perlu disiapkan hingga terpaksa menahan diri untuk menulis kerana kekangan masa yang sangat tidak mengizinkan untuk bergedik santai sambil menulis entri terbaru. Cehh! agak over ye di situ. 

2010 telah pun melabuhkan tirainya secara rasmi so "Welcome 2011". Banyak peristiwa yang berlaku pada tahun 2010. Manis pahit, suka duka semuanya dikutip untuk menjadi asam garam kehidupan. Yang lepas biarlah lepas. Jadikan pengalaman untuk masa hadapan. Anda yang menentukan nasib anda sendiri. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri. (kejap, yang ni takde kena mengena kot kannn? apa motiffff tah!)

If cakap pasal new year, mesti semua sibuk nak pasang azam kan? padahal azam yang lepas-lepas tu tah tercapai atau tak sibuk nak pasang azam baru. Hee..bergurau je ok. Setiap orang ada hak untuk memasang azam tahun baru. Barulah hidup tu macam ada perancangan. Betul tak? Tapi tahun baru kali ini kite tak rasa nak pasang azam berbagai sebab azam tahun-tahun lepas tu boleh kira dengan jari berapa je yang mencapai objektif. So, untuk tidak membuang masa kite bertekad untuk tidak berazam yang bukan-bukan supaya takde la rasa sangat bila azam tu tak tercapai bila dah masuk tahun seterusnya kan. Yang pasti, usia semakin meningkat. Tu tak dapat dinafikan lagi la. Tak sangka dah nak masuk 21 tahun rupanya. Dah besar rupanya anak dara sulung Pakcik Amran dengan Puan Masitah ni tapi perangai masih lagi macam budak-budak. Haaiiisshh, nak jadi apa ni. Heee...

Cukup-cukup lah mengarut tu, straight to the point je terus. Ok lah, tanpa membuang waktu saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru dan semoga tahun kali ini semuanya baik-baik belaka! 

p/s : Azam kite tahun ni kan nak cari boyfriend satu! Hikhik, bukan main gedik lagi! Taklah, kite berazam tahun ni nak menjalani kehidupan dengan penuh kenikmatan dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

"Live life to its fullest!"