Saturday, December 29, 2012

Musim Peperiksaan

Dah hujung hujung tahun ni memang sesuai sangat la dengan musim peperiksaan ni. Time time cenggini la semua orang dok sibuk perah kepala otak dan menggunakan segala deria yang ada untuk menelaah segala pelbagai subjek kan. Daku juga tidak ketinggalan. Rasa macam baru je daftar masuk dekat UUM ni semalam.. tup tup tetiba dah kena jawab final exam pelbagai. Sob sob sob.. Semester ni je dah 5 paper tapi macam apa dah rasa. Tidur tak tentu masa, makan ke mana, hati ni dok dup dap dup dap nervous macam nak terkeluar jantung. Ehh, apahal hati yang nervous jantung pulak nak terkeluar. Ada kena mengena ke? Abaikan..

Musim peperiksaan ni jugak la nescafe menjadi peneman setia nak study sampai ke pagi. Tak lupa juga kepada meggi kerana selalu menjadi penyelamat ketika perut mengadakan konsert sewaktu study di tengah malam. Lingkaran gelap di bawah mata juga tetiba jadi kawan baik. Ada je menempek kat bawah mata tu. 

Yang peliknya macam lah tak pernah ambil exam masa Diploma dulu kan.. Padalah sama je dari segi konsep tu tapi tak tahu la kenapa masa degree ni nervous nak exam tu tahap tinggi Gunung Kinabalu kot. Mungkin sebab pertama kali. Tak biasa. Macam macam andaian dalam kepala otak ni.

Okay la, nak sambung study lagi. 2 paper dah selesai tinggal lagi 3 paper. Lepastu kite balik cuti sebulan! Yahoooo! Tak sabar tak sabar tak sabar!! 



p/s: Tawakal & Redha je dengan result nanti. Hiks..

Wednesday, December 19, 2012

Penghujung

Setahun hampir berlalu. Sedar tak sedar, dah tiba di penghujung. Syukur alhamdulillah, masih lagi diberikan kesempatan untuk hidup di atas muka bumi ini. Maafkan daku belog, daku terlalu lama meninggalkan dikau tanpa sentuhan keyboard Dell Inspiron 1420 yang berwarna pink tetapi kini sudah tidak layak lagi dilabel sebagai warna pink. Sedih bukan? dan kini hanya menunggu masa untuk menghabiskan sisa sisa terakhir beliau dengan menghabiskan masa dan menemaniku dalam menempuhi hari hari yang mendatang. Takkan ku lupa segala jasamu wahai komputer ribaku. Terlalu banyak untuk dicoretkan wahai belog tetapi percayalah kekangan masa dan kemalasan diri ini sentiasa menjadi punca untuk daku terus melupakan niat untuk berkongsi denganmu. Maafkan daku dan seperti biasa di hujung hujung tahun seperti ini daku tidak ketinggalan untuk berazam seperti yang lain walaupun azam daku yang lepas lepas tu hanya boleh dikira dengan jari berapa je yang berjaya dicapai. Jangan risau belog, azam daku yang pertama sekali untuk tahun 2013 akan datang adalah dengan selalu merajinkan diri untuk menghabiskan masa dan berkongsi denganmu wahai belog. Kau adalah keutamaanku. Tapi itu hanya azam. Tercapai atau tidak biarlah waktu yang menentukan segalanya.