Saturday, December 29, 2012

Musim Peperiksaan

Dah hujung hujung tahun ni memang sesuai sangat la dengan musim peperiksaan ni. Time time cenggini la semua orang dok sibuk perah kepala otak dan menggunakan segala deria yang ada untuk menelaah segala pelbagai subjek kan. Daku juga tidak ketinggalan. Rasa macam baru je daftar masuk dekat UUM ni semalam.. tup tup tetiba dah kena jawab final exam pelbagai. Sob sob sob.. Semester ni je dah 5 paper tapi macam apa dah rasa. Tidur tak tentu masa, makan ke mana, hati ni dok dup dap dup dap nervous macam nak terkeluar jantung. Ehh, apahal hati yang nervous jantung pulak nak terkeluar. Ada kena mengena ke? Abaikan..

Musim peperiksaan ni jugak la nescafe menjadi peneman setia nak study sampai ke pagi. Tak lupa juga kepada meggi kerana selalu menjadi penyelamat ketika perut mengadakan konsert sewaktu study di tengah malam. Lingkaran gelap di bawah mata juga tetiba jadi kawan baik. Ada je menempek kat bawah mata tu. 

Yang peliknya macam lah tak pernah ambil exam masa Diploma dulu kan.. Padalah sama je dari segi konsep tu tapi tak tahu la kenapa masa degree ni nervous nak exam tu tahap tinggi Gunung Kinabalu kot. Mungkin sebab pertama kali. Tak biasa. Macam macam andaian dalam kepala otak ni.

Okay la, nak sambung study lagi. 2 paper dah selesai tinggal lagi 3 paper. Lepastu kite balik cuti sebulan! Yahoooo! Tak sabar tak sabar tak sabar!! 



p/s: Tawakal & Redha je dengan result nanti. Hiks..

No comments:

Post a Comment