Sunday, March 27, 2011

Frust then tak frust dah.

Cehhhh, tajuk tak menahan kan. Over je. Cakap pasal tajuk ni kan, tahu tak kenapa kite letak tajuk macam ni? Meh sini nak story. Disebabkan rasa bosan yang teramat sangat semalam dan tak tahu nak buat apa kat rumah ni, then my sis yang dua orang tu sibuk ajak kite nak pergi tengok movie. Nak tengok cerita epik Merong Mahawangsa yang heboh diperkatakan sekarang ni tu katanya. So, disebabkan kite ni tak sampai nak hampakan hati dan perasaan diorang berdua kite pon cakap haa, cepat siap sekarang then call abah suruh balik sekarang pick up kat rumah. 

Abah balik je terus melulu masuk dalam kereta tak toleh kiri kanan dah. Excited punya pasal nak tengok Stephen Hughes Rahman yang mantop tu jadi hero dalam movie tu kan. Masuk je dalam kereta tak sempat abah nak tanya nak pergi mana terus je cakap Wangsa Walk taw abah. Then dalam kereta abah tanya tiket dah booking belum?? dah pukul berapa dah ni?? sempat ke?? nanti penat-penat pergi takda tiket kan frust menonggeng tu. Time tu baru pukul 8 malam taw then kite pon dengan confident cakap baru pukul 8 kot abah takkan takda tiket kot. Sure ada punya la. Confident betul kan?

Sekali dah sampai kat depan TGV haa, amek kau. tiket pukul 9.30 dah full ok. Firasat abah memang tepat. Menyesal tak booking dulu. Memang betul betul frust menonggeng tertonggeng tonggeng! Apa kite merepek ni? frust punya pasal kan. Tiket dah full, kite frust la sikit tapi adik kite yang dua orang tu lagi frust taw! Kecewa je muka diorang. Kesian betul. Nak jalan-jalan banyak kedai dah tutup taw. So, macam takda makna je. Then kitorang pon decide nak karaoke. Sekali pergi room semua dah penuh so kena la tunggu. Disebabkan frust sangat tak dapat nak tengok movie, gigih jugak nak tunggu. Sanggup bagi nama dalam waiting list. Akak kaunter tu cakap kena tunggu lagi 47 minit taw. Amboi, bukan main lama lagi tapi kitorang still jugak gigih nak tunggu. Nampak tak kegigihan kitorang kat situ? Ahaakkss!

Sementara nak tunggu 47 minit tu kan, then my sis ajak pergi makan dulu ke apa ke sebab takkan nak tercangak tunggu kat depan pintu karaoke tu kan. Then time tengah jalan-jalan nak cari tempat makan mana yang macam best, jeng jeng jeng! ce teka ce teka ce teka kite terserempak dengan.....ZAHIRIL ADZIM kott! Alaa, siapa Zahiril Adzim ni? takkan korang semua tak kenal kot. pelakon cerita KAMI tu la. Dia ada blog jugak. Ni link blog dia. Pergi cepat follow. Dia rajin update taw. He's very puitis..hehehe..Then sekarang ni dia berlakon dalam drama 6 Progresif kat tv9 tu. Nama dia Nik dalam drama tu. Nampak sangat kau minat dia kan Seriy. Habis semua kau tahu. Ishh, dia memang cool habis. Sempoi je kat luar taw! Tak tinggi sangat, tak pendek sangat. Comel je. Hensem pulak tu! Ada tahi lalat lagi. Manisnyeeeee...
Macho habis kan? Ishh, tergugat mak!  =))
Yang bestnya, kite bukan jumpa dia je taw tapi dengan Sazzy Falak sekali. Alaaa, Sazyy Falak yang cute miut kecik molek wife kepada Nazril Idrus tu. Takkan tak kenal kott. Now Sazzy tengah pregnant. Baby girl katanya. Kembar lagi taw. Nampak sangat kau suka baca blog gosip-gosip artis kan. Tapi Sazzy memang chantekkk. Gorgeous. Even tak make up pon still chantek taw! Flawless gituu nok! Rupanya diorang berdua duduk satu table kat kopitiam tu. Macam ada disscussion. Niat hati macam nak approach diorang then tebalkan muka nak snap pic together tapi takut macam mengganggu diorang tengah disscuss kan. So, niat kat hati tu terpaksa dibatalkan dengan serta merta. Jeling jeling dari jauh pon dah cukup kott. Nevermind, dah sah-sah ZAHIRIL ADZIM tu tersemat dalam hati ni..
Sazzy chantekk sangat. seriously! =))

Kesimpulannya kat sini, perasaan kecewa, hampa tak dapat nak tengok movie Hikayat Merong Mahawangsa tu dah terubat dengan pertemuan yang tak diduga oleh dua orang selebriti pujaan hati ni. Cehhwaahh! Tak dapat tengok Stepehen Rahman Hughes pon tak kesah dah. hahaha..

p/s : Malam tu balik terus mimpi Zahiril Adzim. Memang tak bole blah kan... hahaha


Tuesday, March 15, 2011

Sibuk tak ingat!

Fuuuhhhh! (ala-ala gedik macam Awal Ashaari dalam rancangan gosip Fuuhh kat tv3 tu).. haha. What a hectic week! Beberapa minggu ni memang sibuk tak ingat taw. Tidur lambat tu dah macam perkara biasa. Makan ke tak makan tu belakang cerita. Haa, boleh imagine tak betapa sibuknya kite semenjak dua menjak ni.. Biasalah hari event dah nak dekat kan so banyak betul preparation nak kena buat. Pejam celik pejam celik event kite tu hari khamis ni. Maksudnya lusa la kan? Haaaa, cepat betul masa berjalan sekarang ni kan. Ish, tetiba nak rasa nervous semacam au. Ye la, mana tak nervous kan kena buat pameran untuk orang ramai. Bukak booth then kena promote pulak booth kite tu kat orang ramai. Booth kite pasal Jasin. Korang taw tak Jasin tu apa kebendanya? Meh sini nak story sikit. Jasin tu salah sebuah daerah kat negeri Melaka yang bersejarah ni. So, as our project for this subject kite kena la promote daerah Jasin ni dari segi tourism. Apa yang best kat Jasin ni and apa product tourism yang ada kat Jasin ni. Then dekat booth tu pulak kite kena la attract orang ramai dengan segala macam jenis aktiviti, games, or apa-apa je yang boleh buat booth kite nanti tu meriah meletup boom boom! Amboi, bukan main lagi taw.. Fuuhh, berpeluh nak cerita.

So, all the preparations have been done and tinggal nak promosi besar-besaran esok je kat student poly ni. Then malam esok pulak nak kena set up booth kat dewan semua. Banyak lagi benda nak kena buat before hari event kan. Later kite update pasal hari pameran tu taw! So, i hope everything will be fine and semuanya berjalan lancar sampai la ke hari pameran nanti.