Monday, February 28, 2011

Side income? macam menarik je kan!

Haaa.. jom nak cerita pasal side income kali ni. Duduk goyang kaki pon boleh dapat income kan? Rajin dengan tak rajin je la kunci utama nak berjaya dengan side income ni. Sebelum ni selalu dengar pasal nuffnang je kan, so kali ni jom try dengan heartbeat.my ni pulak. Yang bestnya pasal benda ni tak perlu traffic yang tinggi macam nuffnang. Cukup dengan klik je then dah dapat RM0.04 sen untuk setiap klik! Tengok? klik je dah cukup ok. Korang jugak tak perlu nak risau dengan status gliteratti nuffnang korang sebab heartbeat.my ni bukanlah competitors nuffnang. Diorang cuma jual barang-barang souvenirs and takde kena mengena langsung dengan nuffnang. Pendek cerita, memang takkan effect la dengan nuffnang tu. So, apa tunggu lagi. Jom la daftar ramai-ramai. Rezeki jangan ditolak. Betul tak?

Just follow this step. 
      • First, klik je dulu banner ni untuk ke website diorang.
      • Second, klik dekat icon heartbeat yang telah dibulatkan tu. 
      • Then klik CREATE ACCOUNT dan sila isi kesemua maklumat yang berkaitan. 
      • Masukkan Password Email Address then klik je I Agree Heartbeat's Term of service then klik continue.
      • Then, dah create account klik Join HB!Affiliate kat kotak merah bawah tu.
      • Klik Online Application then isi kesemua maklumat yang diperlukan.


      • Pilih cara pembayaran yang hendak dibuat kepada anda. tick i agree and then klik continue.

      • Klik GET A CODE (seperti lampiran dibawah).
      • Copy Code yang anda kehendaki (bertanda merah bulat), yang ni ikut suka hati korang la nak letak kat bahagian mana blog korang.
      • Yang ni korang boleh klik untuk check berapa earning korang.


      See, as easy as ABC right? Haaa, lepas dah register kena la rajinkan diri promote heartbeat.my ni. Baru lah income korang akan makin bertambah dan terus bertambah. Mudah-mudahan step kat atas ni semua dapat membantu korang. Kite dapat benda ni pon dekat blog SHERAH'S BLOG. Credit to her! 

      p/s : benda baik ni elok kite kongsi. Asalkan dapat membawa kebaikan. Mudah-mudahan. 






      What a day?

      • Tertinggal bas balik Melaka.
      • Kena sound dengan makcik kaunter tiket.
      • Jatuh tangga dekat station LRT Bandar Tasik Selatan.
      • Selipar putus. Nasib baik ade kasut spare.

      Sunday, February 27, 2011

      I'm back!

      Setelah berbulan bulan menghilangkan diri, akhirnya tuan empunya badan telah muncul kembali dengan semangat yang agak luar biasa hasil daripada pertapaan yang sangat lama ye tuan-tuan dan puan-puan. 

      Berbalik kepada tajuk asal, maaflah sebab lama menyepi. Last update haritu pon time new year tu ha. Now dah bulan berapa? Memang tak sedar diri kan. Kesian blog kite ni kena tinggal punya la lama kan sampai dah merajuk mintak tukar semuanya baru. Haaaa, baru? maksudnya nak tukar baju semua baru ke blog kesayangan kite nih? Heee, sebab nak pujuk punya pasal kan dan taknak bagi blog kite ni merajuk lama-lama kite pon merajinkan diri kite dengan tukar semua layout blog kite ni. Tukar background baru. Header baru. Color still kena mantain ok. Of course la PINK kan. Bukan apa, blog kite cakap nak tukar angin katanya. Nak perubahan sikit so takda la boring kan. Kite sebagai tuan punya blog yang sangat baik hati dan pemurah tanpa rasa ragu-ragu terus la start proses menukar layout pelbagai ni kan. Akhirnya, ni lah hasilnya. Hope blog kite ni berpuas hati ye. Apa-apa yang kurang kite janji akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa ok! Kite janji jugak takkan tinggal blog lama-lama macam dulu lagi. Kite akan cuba sedaya upaya melawat blog sekerap yang mungkin ok. Blog jangan sedih-sedih lagi eh. Kan comel color baru ni. Lembut je kan. Sesuai je dengan kite berdua. Opss, lembut la sangat. Heee...

      Last but not least, I'M BACK!

      Saturday, January 1, 2011

      Welcome 2011

      Sedar tak sedar, begitu cepat masa berlalu. Tahun baru rupanya. Maaflah sebab lama menyepi. Banyak sangat perkara yang berlaku sampai tak perasan blog terabai. Ok, fine. Alasan tak munasabah langsung. Bukan apa, semenjak dua menjak ni banyak sangat benda yang perlu disiapkan hingga terpaksa menahan diri untuk menulis kerana kekangan masa yang sangat tidak mengizinkan untuk bergedik santai sambil menulis entri terbaru. Cehh! agak over ye di situ. 

      2010 telah pun melabuhkan tirainya secara rasmi so "Welcome 2011". Banyak peristiwa yang berlaku pada tahun 2010. Manis pahit, suka duka semuanya dikutip untuk menjadi asam garam kehidupan. Yang lepas biarlah lepas. Jadikan pengalaman untuk masa hadapan. Anda yang menentukan nasib anda sendiri. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri. (kejap, yang ni takde kena mengena kot kannn? apa motiffff tah!)

      If cakap pasal new year, mesti semua sibuk nak pasang azam kan? padahal azam yang lepas-lepas tu tah tercapai atau tak sibuk nak pasang azam baru. Hee..bergurau je ok. Setiap orang ada hak untuk memasang azam tahun baru. Barulah hidup tu macam ada perancangan. Betul tak? Tapi tahun baru kali ini kite tak rasa nak pasang azam berbagai sebab azam tahun-tahun lepas tu boleh kira dengan jari berapa je yang mencapai objektif. So, untuk tidak membuang masa kite bertekad untuk tidak berazam yang bukan-bukan supaya takde la rasa sangat bila azam tu tak tercapai bila dah masuk tahun seterusnya kan. Yang pasti, usia semakin meningkat. Tu tak dapat dinafikan lagi la. Tak sangka dah nak masuk 21 tahun rupanya. Dah besar rupanya anak dara sulung Pakcik Amran dengan Puan Masitah ni tapi perangai masih lagi macam budak-budak. Haaiiisshh, nak jadi apa ni. Heee...

      Cukup-cukup lah mengarut tu, straight to the point je terus. Ok lah, tanpa membuang waktu saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru dan semoga tahun kali ini semuanya baik-baik belaka! 

      p/s : Azam kite tahun ni kan nak cari boyfriend satu! Hikhik, bukan main gedik lagi! Taklah, kite berazam tahun ni nak menjalani kehidupan dengan penuh kenikmatan dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

      "Live life to its fullest!"


      Thursday, December 9, 2010

      Finally

      Woot woot!! Lama dah jari jemari ni tak menaip dekat papan kekunci ni. Ok, tipikal papan kekunci atau lebih dikenali sebagai keyboard. Finally, semuanya dah selesai! Yeay, dah boleh melompat keriangan sebab semua benda yang kena buat lepas habis je praktikal semuanya dah settle! Report dah submit, modul dah daftar, the last one INTERVIEW pon dah settle! Now, tinggal nak tunggu result je. Mintak-mintak la ok kan! Penat taw 5 bulan menjadi career woman. Cehhh! Yang paling best sekarang ni kan tak payah lagi la nak bajet risau gelabah tak tentu pasal sebab takut report kena reject berbagai, format salah la, report nipis sangat la, tak banyak isi la tah apa-apa tah lagi kan then bila interview pulak takut tak dapat jawab la, nervous sampai tergagap-gagap nak jawab apa yang lecturer tu tanya, lecturer garang semacam, interview conversation in english and banyak lagi la alasan-alasan yang tak masuk akal nak bagi kan. Fuuhhh! Lega sangat bila semua ni dah settle. Dah boleh start fokus on benda lain pulak. 

      Lagi satu kan, semua class pon dah start and subject for this sem pon boleh tahan nampaknya. Kena study lebih sikit la. Dah tak boleh nak main-main tergedik-gedik macam sem 1 dulu. Subject yang paling menakutkan sekali kan sampai kite rasa macam nak pening-pening je bila kite nak kemas beg pergi class then tengok schedule esok ada subject tu. Apa lagi kalau bukan subject 'Perakaunan Kewangan Pelancongan'. Subject tu memang betul-betul menakutkan! Perlu ke belajar lagi akaun sem ni? Bukan sem 1 dulu dah ambil ke? Pelik betul la. Kite bukan apa, kite ni allergic sikit bab-bab yang melibatkan kira-kira dengan nombor ni. Maklumlah, math dulu pon jarang sekali nak dapat A. Boleh kira dengan jari berapa kali je pernah dapat A time sekolah dulu. Bayangkan la nak study akaun pulak sem ni. Time sem 1 dulu pon, memang cukup-cukup makan je untuk lulus taw! Nasib baik la tak repeat. Haaiissh, nampaknya memang kena lipat gandakan usaha lebih sikit la kan sem ni, dah tak boleh nak terkinja-kinja lagi! Sedar diri ye wahai diri sendiri. 

      Haaaa, lagi satu kan if semua nak tahu, kite baru je dilantik sebagai 'Setiausaha' atau lebih dikenali sebagai 'Secretary' untuk subject 'Interpretasi Pelawat' for this semester. Saya ulangi, secretary ok! bukan security atau jaga atau pak guard atau pengawal keselamatan atau sewaktu dengannya. Yang peliknya, kite dilantik for this position bukan atas dasar undian atau pilihan orang ramai atau pilihan raya atau sewaktu dengannya tetapi atas pilihan lecturer tu sendiri. Nampak macam kite gila kuasa je taw tak pasal-pasal lantik diri sendiri kan tapi kite bukan macam itu ye semuanya! Harap maklum. Kite sendiri pon pelik and macam tak percaya je bila lecturer tu sebut nama kite. Ceritanya macam ni, semalam merupakan kelas pertama untuk subject ni then kitorang semua pon duduk la dalam kelas diam-diam tunggu lecturer masuk. Dalam 5 minit macam tu, puan yang mengajar untuk subject ni pon masuk and briefing sikit about this subject. Apa yang kite taw, sem ni kitorang semua kena buat big project menggantikan event pameran memandangkan tenaga kerja yang tidak mencukupi. Ye la, apa jadah nak buat pameran kalau satu class 10 orang student je kan! Then puan pon ada briefing pasal we must work as a group, kerja berkumpulan, jangan nak curi tulang and sewaktu dengannya. Lepas tu, tiba-tiba je puan tu bersuara yang saya melantik Sri Ma'azah Amran sebagai setiausaha for this project. Wah, macam nak terkeluar jantung kite time tu au! Tengah menulis ni terus berhenti pandang puan tu dengan muka kenapa mesti saya puan? saya taklah sebagus tu kot. Tapi terus tak jadi nak cakap macam tu bila puan tu cakap kenapa? ada masalah? Haaa, amek kau! terdiam terus! Untuk pengetahuan semua, kite terima la tugasan terbaru kite ni walaupun kite tak berapa nak yakin sebenarnya. Harap-harap ok la kan. Yang kite musykil sampai sekarang, kite pon tak pasti apakah motif puan  melantik kite sebagai setiausaha. Kite ni takdela bagus mana kan. Kite pon tak pasti apa yang puan tu nampak kat kite ni ha! Hahahahaha.. Apa-apa pon, i'll take it as a challenge for myself and i'll prove it to everyone that i can do it! Fighting!

      Thursday, December 2, 2010

      Lega, Alhamdulillah

      Alhamdulillah... semuanya dah selesai. Lega betul hati ni. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata betapa leganya perasaan diri ini. (Cehwah, ayat macam apa je. Perlu belajar dengan lebih gigih lagi ye wahai diri sendiri jikalau ada hati ingin menulis seperti penulis).

      Report dah submit. Modul dah daftar. Tinggal nak interview je lagi. Feel like satu beban dah hilang. Tak perlu nak stay up sampai tak tidur buat report lagi kan. Then dah boleh tidur dengan nyenyak sebab tak payah nak beban kepala otak fikir bab apa lagi yang tak siap. Tak perlu nak rasa gelabah and nervous semacam sebab takut salah buat format report lepas tu lecturer tak nak accept Semua tu dah tak perlu nak fikir lagi! Yeay! dan yang paling best sekali, nasib sangat la baik sebab dapat lecturer yang baik dan yang paling penting, sempoi for the last stage 'INTERVIEW'! Hopefully semuanya berjalan lancar time interview nanti! Wish me luck ya! dan yang paling penting sekali, bermulalah kehidupanku di bandar Merlimau yang errrr, tak berapa nak bandar sangat la kot. Semester baru, rumah baru, environment pon baru. Hopefully this semester will be the great semester than last, last, last, last semester.