Sunday, October 31, 2010

Gained weight

Woot woot!! Cakap pasal berat badan ni memang satu isu yang sangat sangat sensitif kan. Betul tak? Ada yang sampai sanggup bergaduh bertumbuk pastu merajuk taknak kawan sampai bila-bila gara-gara kena tegur 'eh, apasal kau nampak macam berisi sikit. kau dah gemuk la ni', 'eh, kau ni tak cukup makan ke tak cukup kasih sayang? keding macam cicak kobeng je aku tengok'. Apahal la sebab benda remeh temeh macam ni nak bergaduh bagai kan. Tapi yang selalu macam ni orang perempuan la kan? Sensitif sangat. Tapi perempuan memang terkenal dengan sifatnya yang lemah lembut dan sensitif so memang cepat la terasa. Orang lelaki kena alert lebih sikit ok. Jangan la gedik-gedik pergi tegur wife, girlfriend, mama, kakak, adik and the rest of it dengan cara macam ni ok. Tegur secara berhemah. Cakap la baik-baik. So, takdala orang perempuan ni terasa sangat and maybe akan pikir yang korang concern and that's the reason why korang tegur.

Eh, apahal kite merepek nak nasihat orang pulak ni? Haaa.. cakap pasal berat badan ni kan, nak tahu tak yang berat badan kite telah bertambah dengan cemerlang, gemilang dan terbilang untuk 5 bulan je dah naik sebanyak 3 kg / kilogram. Ulang sekali lagi, 5 bulan = 3 kg! Dahsyat tak formula ni? Dahsyat kan? hahaha.. Mana tak bertambah berat badan kalau makan tu da macam raksasa. Rakus bukan main! Semua benda nak makan. Mentang-mentang la tinggal kat rumah sendiri time praktikal ni kan, memang melahap je la sepanjang keberadaanku di rumah. Ceh, ayat nak skema je..hehe. Kat ofis pon asyik nak kunyah je. Tak boleh nak duduk diam langsung mulut ni. Ada je benda sedap-sedap nak masuk dalam mulut. Saja nak bagi mulut kite exercise. Pagi breakfast nasi lemak, lunch pulak melantak nasi campur la kekadang nasi ayam yang best tu kekadang order food yang best-best kat Kedai N0.10 foodcourt Maybank tu, high-tea pulak wafer dekat stesyen LRT Wangsa Maju then dinner makan je apa mama masak and kekadang tu tapau dekat kedai Ane yang tomyam kedai Ane ni memang sedap gila nak mampus! So, korang cakap la kenapa berat badan kite naik if hari-hari kite buat benda ni kan.. Cakap la. Please! (motif high-tea? tak beragak langsung)

Memandangkan hari-hari terakhir berpraktikal hampir tiba, bermakna kite akan masuk study balik dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Bukan beberapa bulan ok, tolong sedar diri sikit. Dalam masa sebulan je lagi. Ini bermakna misi untuk menurunkan kembali berat badan kepada normal akan bermula sekarang. SEKARANG ok. Bukan nanti atau bila-bila tapi SEKARANG! Tetiba terfikir pasal JUSMATE 5 ciptaan DR.ROZMEY yang hari-hari keluar paper Kosmo filem dye 2 ALAM tu bakal meletupkan seluruh pawagam di tanah air. 40 juta kot target. Confident tahap cipan betul la Dr. ni kan? Eh, apahal JUSMATE 5 pulak? macam over je. Nak kurangkan 3 kg je kot. Bukan 30 kg! So, cara yang paling terbaik adalah JOGGING! kan kan kan? Haruslah bila weekend je pergi jogging dekat-dekat dengan kawasan rumah ni. Tapi kalau tak berhasil jugak, diet la jawabnya. Tapi kite tak suka nak diet-diet ni. Tak best la. Kite ni dah la kuat makan, tetibe nak control-control ni yang susah. Nafsu makan dah la macam monster. Hahaha. Tapi takpa, kite try la dulu kan. Tengok nanti result dye macam mane. Berjaya atau tidak? Tungguuu...

P/s: berat kite sekarang 50 kg. Means kite nak berat kite macam dulu. TARGET = 47KG

2 comments: