Sunday, November 21, 2010

Usaha

Orang selalu cakap ''Usaha Tangga Kejayaan''. If kite nak berjaya dalam sesuatu perkara yang kite lakukan kite kena la berusaha. Kejayaan takkan datang bergolek depan mata melainkan kite sendiri yang kena berusaha untuk berjaya. Betul tak? Cakap pasal usaha ni kan, ada ke benda kat dunia ni yang kite tak payah susah-susah nak usaha nak dapat. Tutup mata je then bukak mata dah ade depan mata. Haaaa.... Ada tak? Ada tak? Nak berak pon kena usaha cari toilet ok. Lain la kalau dah memang perangai buang air kecik atau besar bersepah merata-rata kan. Tu memang mengundang! Nak tidur pon kena ada usaha jugak. Ye la, kalau kite tak berusaha nak tutup mata macam mana pulak kite boleh nak tidur kan. Lain la kalau memang sejak dilahirkan lagi tidur memang bukak mata. Tutup mata pon kira macam usaha jugak la. Kesimpulannya, apa pun yang kite lakukan pagi petang siang malam dalam kehidupan kite tu semua merupakan usaha kite. Banyak atau sikit sahaja yang membezakannya. Lepas berusaha, berdoa dan tawakal. Tu baru kitaran yang betul. Renung-renungkan dan selamat beramal. Cehhwaaah! 

Berbalik kepada persoalan di atas, situasi sebenar sekarang ini adalah saya, Sri Ma'azah bt Amran tersangat la tengah berusaha dan bertungkus lumus dengan begitu gigih dan tekun sekali untuk menyiapkan LAPORAN LATIHAN INDUSTRI saya yang hampir tiba datelinenya. Terlalu banyak usaha yang saya letakkan hingga saya merasakan kehidupan saya sangatlah tidak terurus dibuatnya. Makan dan minum yang menjadi kegemaran saya semakin terabai. Tidur yang sangat panjang dan lena semakin menjauh dari saya. Barangkali merajuk agaknya kerana saya sudah lama tidak mempraktikkannya sejak akhir-akhir ini. Rancangan-rancangan tv yang menarik, movies and drama pelbagai negara di dalam hard disc saya semakin menyepi. Kalau dulu, bukan main meriah lagi laptop saya macam ada birthday party. Saya berharap dengan segala usaha yang telah saya lakukan akan membuahkan hasil dengan kejayaan saya menyiapkan laporan yang boleh tahan banyak muka surat dan memerlukan kuantiti kertas yang boleh tahan jugak banyak nak print nanti sebelum datelinenya supaya saya tak kelam kabut dan gelabah nak siapkan bila tengok semua budak kelas saya dah siap. Full stop.

No comments:

Post a Comment