Wednesday, September 18, 2013

Forever Alone

Assalamualaikum

Harini aku nak membebel sikit dalam belog picisan aku ni. Tak larat dah nak simpan lama-lama dalam hati. Boleh makan hati tahu tak? Baik aku luahkan je dekat sini. Dah tu, apa guna belog ni kan kalau aku tak boleh membebel apa yang aku nak bebel. Eh, dah macam nak lari dari tajuk utama apa yang aku nak bebel ni. Hahaha. Baiklah, berbalik kepada topik di atas iaitu 'Forever Alone'. Kenapa dengan Forever Alone ni? Apa masalah aku dengan dia? Apa pulak masalah Forever Alone ni dengan aku? 

Sebelum aku nak bebel panjang lebar kita cerita sikit la maksud Forever Alone ni. Tapi aku rasa semua orang tahu kot maksud dia. Forever = selama-lamanya, Alone = keseorangan, bersendiri. Jadi, maksudnya dalam bahasa Melayu 'Keseorangan selama-lamanya'. Tak pun, 'Selamanya bersendiri'. Haa, cenggitulah maksudnya atau dalam erti kata lain, kau hidup seorang diri kau je dalam dunia ni. Takde kawan, takde kekasih, takde haiwan peliharaan. Kau hidup dalam dunia kau sendiri. Haa, lebih kurang macam tu la. Suka hati korang la nak faham yang mana satu. Janji korang faham.

Berbalik kepada tajuk kita iaitu Forever Alone. Kita ringkaskan la jadi FA. Penat aku dok menaip Forever Alone je. Hahaha. Kenapa dengan FA ni? Sampai aku tak boleh nak simpan, tunggu masa nak meletup je. Aku sendiri takde masalah dengan FA ni sebab aku rasa kadang-kadang tu aku sendiri FA. Bagi aku, manusia ni perlukan sedikit ruang untuk diri dia sendiri. Takkan sepanjang masa kau nak berkepit dengan orang kan? Contohnya bila kita dilahirkan, kita dijaga, dibelai,diasuh oleh kedua orang tua kita dan bila dewasa, dah boleh berdikari kita sendiri akan keluar dari kepompong tu kan? Takkan kau dah besar gajah kau nak harapkan mak ayah kau lagi. Bila kita dah boleh hidup sendiri tanpa menyusahkan kedua orang tua kita, itu dipanggil berdikari ye adik-adik. Hidup di atas kaki sendiri. Bukan FA.

Bila kita nampak ada orang tu makan sorang-sorang dekat cafe terus kita nak label dia FA. Padahal mungkin masa tu dia terlalu lapar sampai nak pengsan dan tak sempat nak telefon bf/gf dia atau kawan-kawan dia untuk teman dia makan. Atau dia memang jenis tak suka nak menyusahkan orang dengan teman dia makan atau dia memang jenis yang suka makan sorang-sorang sebab takut orang mintak makanan dia atau dia memang jenis yang suka makan sorang bila tengah sedih/stress. Itu kan hak dia. Hey, janganlah prejudis sangat. Ada je manusia yang memang suka makan sendiri. Kadang-kadang tu, sebagai manusia kita perlukan ruang kita sendiri. Ruang yang kita sendiri punya. Jadi, tak semestinya dia tu FA. Tak semestinya!

Contoh paling senang aku nak bagi, haa bila kau berak kau ajak ke orang teman kau berak. Bila kau nak tidur kau ada ke ajak kawan kau tidur sekatil berhimpit dengan kau. Ada? Takde kan. Mesti kau berak/tidur sorang-sorang kan. Itulah maksud aku, kita ni tak boleh nak judge orang tu FA bila kita nampak dia seorang diri berjalan, makan, lepak dan sebagainya. Mungkin dia perlukan waktu untuk diri dia sendiri. Dan ada banyak benda kat dunia ni yang kita boleh/kena buat sendiri tanpa orang lain dan itu tak bermakna kita ni FA. Kita kena faham tu dan tolong bukak sikit minda tu. Jangan sempit sangat. Sekian.



p/s: Tak rimas ke nak berkepit 24 jam?? Mohon pencerahan.

No comments:

Post a Comment