Thursday, September 26, 2013

Mengemaskini

Assalamualaikum

Disebabkan semester ni banyak sangat subjek yang menggunakan medium blog sebagai tugasan, aku terpaksa mengemaskini blog aku yang tak seberapa ni menjadi seberapa menarik yang boleh. Kalau nak markah tinggi, aku kena la gagahkan diri mencantikkan lagi blog aku yang tak seberapa ni secantik yang boleh. Barulah pensyarah aku tak berat hati nak bagi markah tengok usaha aku yang tak berbelah bahagi ni. Hihihi. 

Selepas ini bakal menyusur entri entri ilmiah yang mungkin akan mengejutkan anda semua kerana sebelum ni tak pernah la pulak aku post entri entri yang berilmiah sangat kan. Semuanya santai dan benda benda yang aku nak merapu dengan korang semua. Jangan nak terkejut pulak nanti sebab semua tu untuk tugasan aku. Diulangi, untuk tugasan. Sekian. 

2 comments:

  1. Salam. blogwalking here! Wow, tugasan guna blog? course apa ni? :D

    ReplyDelete
  2. W'salam. Hai! Thank you! Yes, tugasan guna blog. Communication student, biasalah kan. hihi

    ReplyDelete