Friday, September 13, 2013

Semester Tiga

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar, dah masuk semester tiga rupanya aku dekat Universiti Utara Malaysia. Ini bermakna dah setahun lebih aku menjalani hidup sebagai seorang pelajar di universiti yang jauh dekat utara ni haa! Dekat dengan sempadan lagi tahu tak. Dan sampai sekarang kawan kawan aku yang dekat Kolumpo tu masih tak faham kenapa aku sanggup belajar dekat sini yang bagi diorang ceruk-hulu-jauh-gila. InsyaAllah, aku masih perlukan dalam dua atau tiga tahun lagi untuk menghabiskan pengajian aku. Lagi cepat lagi bagus. Doakan! 

Macam biasalah bila dah masuk semester baru ni, azam nak belajar lagi rajin dari semester lepas tu membuak buak. Tapi nanti dah sampai pertengahan semester, azam yang membuak buak tu  mula terkulai layu di tasik madu. Sama dengan jugak dengan bab tugasan. Awal awal tu kemain semangat berjanji taknak tangguh tangguh lagi tugasan. No more last minute assignment bak kata omputih tapi nanti kau tengoklah, semua tu entah melayang ke mana. Setakat janji manismu di bibir sahaja. Kahkahkah.

Cerita sikit la pasal peperiksaan akhir semester dua aku yang lepas. Alhamdullilah, aku bersyukur dengan keputusan yang aku dapat. Berbaloi la kot dengan usaha aku. Aku pun tak letak harapan yang tinggi. Apa yang aku jawab dalam kertas periksa itulah yang aku dapat. Aku gunakan konsep usaha, tawakal dan redha. Tapi untuk semester ni aku kena la usaha lebih sikit. Makin tinggi semester makin susah lah jawabnya. Eh, hipotesis apa yang aku pakai ni? Ikut suka hati aku je kan. Kalau tak faham tu buat buat faham je lah.

Subjek untuk semester ni pun boleh tahan hendaknya. Semoga aku dapat hadapi dengan tabah dan tenang. Doakan aku!


No comments:

Post a Comment