Friday, May 31, 2013

Realiti #1

Maaf

Maaf dari sudut hati yang terdalam
Maaf untuk semua yang telah kau berikan
Maaf kerana tidak dapat memberi apa yang kau inginkan.

Kerana kau sahabat
Sahabat dunia dan akhirat.

Cinta dan perasaan bukan paksaan
Aku harap kau mengerti
Aku harap kau menerima.

Realitinya pahit
Pahit itu kenyataan
Belajarlah menerima.

Aku doakan suatu hari nanti
Kau temui kebahagiaan yang kau cari
Semoga bahagia milikmu.


Tuesday, May 21, 2013

Ketagihan

Assalamalaikum.

Aku betul betul dalam ketagihan sekarang ni. Macam mat gian yang ketagih dadah tahu tak. Tak dapat sehari macam nak gila rasanya. Tapi aku bukan lah bodoh nak ambil benda bukan-bukan macam tu. Itu kerja bodoh namanya! Dari kecil lagi aku pegang kata-kata 'Dadah Musuh Negara'. Takkanlah aku nak jadi musuh negara pulak. Nanti nak tinggal kat negara mana pulak woii! 

Yang aku ketagih sekarang ni adalah band dari Indonesia Naif. Hampa semua dah dengar belum lagu-lagu band ni? Baik hampa pi cari kat youtube ka mana ka. Aku jamin lepas hampa dengar satu lagu mesti hampa nak dengar lagu yang lain. Serius! Aku dah macam ketagih weh. Dalam satu hari tu mesti nak dengar lagu band Naif ni. Punyalah sedap yang teramat sampai aku rasa nak telan makan lagu-lagu diorang sebab sedap sangat. Amboi metafora tak beragak! Hahahaha. Aku suka dengan lirik lirik lagu band Naif ni. Kalau lagu sedih memang sedih bak hang! Aku mengaku yang air mata aku gugur jugak la dok layan perasaan dengar lagu diorang ni. Kalau yang retro memang retro habis! Kau rasa nak berjoget sekali macam peserta-peserta dalam rancangan 'Kilauan Emas' tu! 

Sekarang aku tengah menaip ni pun aku dok melayan band Naif ni. Cubalah dan anda tidak akan menyesal!

Friday, May 17, 2013

Sepetang bersama Kancil-Man

Assalamualaikum.

Hai hampa semua. Tengah buat apa tuuuu? Disebabkan cuaca yang kat luar tu hujan renyai renyai yang memang menggamit sanubari aku untuk bermanja di atas katil. Tapi macam bosan la pulak asyik tidur je waktu petang ni. Jadi aku sebulat suara dan tekad untuk menikmati petang Jumaat yang mulia ini dengan membaca Kancil-Man. Sejenis buku yang memang terkenal dan sangat power dan sangat awesome! 

Comel gila cover dia kan? hiks
Dan dari muka surat pertama aku baca, serius aku tak berhenti nak gelak. Kelakar tahap dewa bak hang! Nasib baik tak tersembur air vico dalam mulut sebab sambil aku baca Kancil-Man ni sambil aku menikmati minum petang aku berupa vico cicah biskut kering empat segi cap pingpong. Baik korang pi beli buku ni lekaih! Aku confirm hampa semua tak sangka ada novel yang kelakar tahap dewa macam ni kat Malaysia ni. 

Kalau hampa tak tau nak beli kat mana hampa boleh order kat sini. Lagi senang. Terus sampai depan rumah hampa. Senang kan? Apa tunggu lagi pi sini lekaih! 

Hobi Baru

Pergghhhhh! Berhabuk siot belog kesayangan gua ni! Sampai bersin-bersin gua nak bersihkan tau! Kakaka! Nampak tak kat situ betapa lamanya gua tinggalkan diri gua yang lagi satu ni. Haaa, kemain kan! Gua tak tahu la kenapa dengan diri gua ni. Nak dekat final exam baru gua rasa nak membelek-belek belog gua ni. Sebelum ni nak kata gua tak busy langsung tu tipu la kan. Gua busy jugak la tapi bila gua tak busy pun gua buat-buat busy. Kakakaka. Mungkin sebab sekarang ni gua lebih suka jadi "silent reader". Haa, Oh My English sangat kan! 

Gua taknak cerita banyak sangat kat sini. Entah kenapa tetiba gua rasa nak menulis pulak dekat sini. Dah lama gua tak praktikkan skill menulis gua ni. Takut tumpul pulak kang! Susah nanti nak asah bagi tajam balik.   Betul tak? Dan gua dapat merasakan perubahan dalam diri gua bila sekarang ni gua dah mula aktifkan balik hobi gua yang suka membaca tu. Apa? Tak percaya hobi gua membaca? Ehh, tolong sikit ehh. Gua memang MINAT, SUKA membaca dari kecik lagi eh. (motif nak caps lock?) Dulu masa belum akil baligh lagi masa gua belum tahu nak membaca ni gua ingat lagi gua akan curi-curi baca komik Doraemon sepupu gua walaupun gua tak faham sepatah haram perkataan dalam komik tu tapi gua gigih reka-reka dialog dalam komik tu. Gua cakap la sorang-sorang berdasarkan gambar yang ada dalam komik tu. Haaaa, nampak tak kat situ kegigihan gua nak membaca walaupun gua tak berapa nak kenal huruf lagi. Heh

Hobi gua masih lagi membaca cuma sejak kebelakangan ni gua jarang-jarang nak membaca. Tapi selalu gua pastikan yang dalam seminggu tu sekurang-kurangnya gua akan baca satu buah buku. Tak kira la buku apa tapi yang pasti bukan novel Melayu jiwang-jiwang tangkap leleh macam 'Adam dan Hawa' yang siap jadi drama pastu meletup kaw-kaw sampai semua orang nak bersuamikan macam watak si Adam tu. Aaron Aziz pulak yang berlakon watak Adam tu kan. Pergghhh! Siapa taknak beb! Hahahaha! Tapi serius ni gua memang tak reti nak baca novel-novel macam tu dan gua pun tak tahu kenapa tapi memang dari dulu lagi gua tak boleh nak masuk baca novel-novel macam tu. Tapi novel cintan, jiwang yang tangkap leleh ni gua memang boleh layan tulisan 'Ahadiat Akashah' je. Serius. Ahadiat Akashah je yang mampu buat gua menangis baca tulisan dia. 

Tapi sekarang ni gua tengah menggila layan buku-buku, tulisan, novel dan seangkatan dengannya keluaran produk yang tengah hangat macam pisang goreng panas. Siapa tak kenal 'Lejen Press', 'Buku Fixi', 'Terfaktab', 'Neon Terbit', 'Dubook Press' dan seangkatan dengannya. Gua dah jumpa buku-buku yang kena dengan jiwa gua. Gua suka tulisan yang realiti. Dan gua jumpa benda ni dalam buku-buku yang diorang terbitkan. Sekarang ni diorang dah jadi mainstream tauu! Penuh booth beratur panjang masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 haritu. Tahniah gua ucapkan. Yang baru berjinak-jinak nak membudayakan budaya membaca ni korang boleh la try usha-usha buku diorang. Mana tahu nanti jadi peminat tegar macam gua. Hahaha.


p/s: Tak tahu kenapa tetiba membahasakan "gua" dalam entri ni. Terpengaruh mungkin. Tengok? Gua ni cepat sangat terpengaruh kan! hahahaha


Saturday, December 29, 2012

Musim Peperiksaan

Dah hujung hujung tahun ni memang sesuai sangat la dengan musim peperiksaan ni. Time time cenggini la semua orang dok sibuk perah kepala otak dan menggunakan segala deria yang ada untuk menelaah segala pelbagai subjek kan. Daku juga tidak ketinggalan. Rasa macam baru je daftar masuk dekat UUM ni semalam.. tup tup tetiba dah kena jawab final exam pelbagai. Sob sob sob.. Semester ni je dah 5 paper tapi macam apa dah rasa. Tidur tak tentu masa, makan ke mana, hati ni dok dup dap dup dap nervous macam nak terkeluar jantung. Ehh, apahal hati yang nervous jantung pulak nak terkeluar. Ada kena mengena ke? Abaikan..

Musim peperiksaan ni jugak la nescafe menjadi peneman setia nak study sampai ke pagi. Tak lupa juga kepada meggi kerana selalu menjadi penyelamat ketika perut mengadakan konsert sewaktu study di tengah malam. Lingkaran gelap di bawah mata juga tetiba jadi kawan baik. Ada je menempek kat bawah mata tu. 

Yang peliknya macam lah tak pernah ambil exam masa Diploma dulu kan.. Padalah sama je dari segi konsep tu tapi tak tahu la kenapa masa degree ni nervous nak exam tu tahap tinggi Gunung Kinabalu kot. Mungkin sebab pertama kali. Tak biasa. Macam macam andaian dalam kepala otak ni.

Okay la, nak sambung study lagi. 2 paper dah selesai tinggal lagi 3 paper. Lepastu kite balik cuti sebulan! Yahoooo! Tak sabar tak sabar tak sabar!! 



p/s: Tawakal & Redha je dengan result nanti. Hiks..

Wednesday, December 19, 2012

Penghujung

Setahun hampir berlalu. Sedar tak sedar, dah tiba di penghujung. Syukur alhamdulillah, masih lagi diberikan kesempatan untuk hidup di atas muka bumi ini. Maafkan daku belog, daku terlalu lama meninggalkan dikau tanpa sentuhan keyboard Dell Inspiron 1420 yang berwarna pink tetapi kini sudah tidak layak lagi dilabel sebagai warna pink. Sedih bukan? dan kini hanya menunggu masa untuk menghabiskan sisa sisa terakhir beliau dengan menghabiskan masa dan menemaniku dalam menempuhi hari hari yang mendatang. Takkan ku lupa segala jasamu wahai komputer ribaku. Terlalu banyak untuk dicoretkan wahai belog tetapi percayalah kekangan masa dan kemalasan diri ini sentiasa menjadi punca untuk daku terus melupakan niat untuk berkongsi denganmu. Maafkan daku dan seperti biasa di hujung hujung tahun seperti ini daku tidak ketinggalan untuk berazam seperti yang lain walaupun azam daku yang lepas lepas tu hanya boleh dikira dengan jari berapa je yang berjaya dicapai. Jangan risau belog, azam daku yang pertama sekali untuk tahun 2013 akan datang adalah dengan selalu merajinkan diri untuk menghabiskan masa dan berkongsi denganmu wahai belog. Kau adalah keutamaanku. Tapi itu hanya azam. Tercapai atau tidak biarlah waktu yang menentukan segalanya.